"Anak kunci syurga ialah Solat" [Hadits Riwayat Imam Ahmad]
Anak kunci rumah boleh ditempah atau dibeli. Tetapi anak kunci syurga mahu beli di mana jika tidak dengan solat? Jika kehilangan anak kunci rumah, boleh lagi dipecahkan pintu rumah untuk masuk ke dalam. Tetapi jika tiada anak kunci syurga, bagaimana mahu masuk ke dalam syurga? Begitulah ibaratnya ..
Amalan pertama yang akan disoal di dalam kubur juga ialah solat. Jika solat wajib 5 waktu kita sudah tidak lulus, maka berat akibat yang akan ditanggung seterusnya. Sebelum kita disoal berkenaan solat 5 waktu di dalam kubur nanti, ada baiknya kita sediakan jawapan sekarang. Jika kita tidak suka solat, malas solat dan selalu ponteng atau tidak mengerjakan solat langsung, apakah yang akan kita jawab nanti? Cubalah beri alasan sekarang, sebelum terlambat di dalam kubur nanti .......
0 ulasan:
Catat Ulasan