Sabtu, 13 Oktober 2018 0 ulasan

Betapa pentingnya BERBINCANG

Nabi S.a.w  dan Sahabat r.a  dulu mengajar kita tentang konsep SYURA / MESYUARAT.  Kerana itu sekarang ini sangat penting diadakan FORUM, DISKUSI, saling bincang mencari penyelesaian jika ada satu kemelut / isu sensitif atau panas. Itu baru namanya kita SAYANG diri kita dan SAYANG saudara-saudara kita, seperti yang dianjurkan dalam hadits.  

Bukannya seperti yang ada segelintir duk amal sekarang ini, sikit-sikit WAHABI, sikit-sikit WAHABI, tanpa ajak musyawarah / mesyuarat dengan jalan yang BIJAKSANA. :-)

masjid kristal night shot

Sabtu, 29 September 2018 0 ulasan

Jadilah engkau Pemaaf

Jadilah engkau Pemaaf

Jadilah engkau PEMAAF 
dan suruhlah orang mengerjakan KEBAIKAN, 
serta berpalinglah daripada orang-orang yang JAHIL


0 ulasan

Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara, Panjang Umur dan Cinta Harta

kata-kata hikmah - Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta


قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَى حُبِّ اثْنَتَيْنِ طُولُ الْحَيَاةِ وَحُبُّ الْمَالِ

"Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara,  panjang umur dan cinta harta."  [Hadits riwayat Muslim]

0 ulasan

Apa yang Sedikit tetapi Mencukupi lebih baik daripada Banyak tetapi Melalaikan

Apa yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan


مَا قَلَّ وَكَفَى خَيْرٌ مِمَّا كَثُرَ وَأَلْهَى

"Apa yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan."  [Hadits shahih riwayat Abu Daud]

0 ulasan

Masa akan menjadi singkat

Wallpaper Islamik kata-kata hikmah - Masa akan menjadi singkat - Earth clock

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.  [Hadits Riwayat At-Tirmizi]

0 ulasan

Penyakit-penyakit umat dahulu

Kata-kata hikmah - kata-kata nasihat - Penyakit-penyakit umat dulu

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”. [Hadits Riwayat Al-Hakim]

0 ulasan

Mengenal kebenaran mengenal kebathilan

Wallpaper Islamik - Mengenal kebenaran mengenal kebathilan

Ali r.a berkata; “Barangsiapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya dia tidak meninggalkan mencari syurga dan lari dari neraka, iaitu;

0 ulasan

Anak kunci syurga ialah Solat

Islamic wallpaper - Anak kunci syurga ialah solat

"Anak kunci syurga ialah Solat" [Hadits Riwayat Imam Ahmad]

0 ulasan

Sahabat yang Sejati

Sahabat yang sejati

Sahabat yang sejati ialah seseorang yang mengingatkanmu kepada ALLAH di hadapanmu
dan menyebut namamu kepada ALLAH di belakangmu
Ahad, 23 September 2018 0 ulasan

Anda hanya perlu Mengambil Berat

Bukanlah kerana anda kaya, gagah, bijak, cantik dan sempurna untuk menjadikan seseorang TERTARIK HATI kepada anda dengan IKHLAS. Tetapi kerana anda MENGAMBIL BERAT terhadap dirinya.

kata-kata hikmah - Anda hanya perlu Mengambil Berat


Jumaat, 14 September 2018 0 ulasan

Haramnya mencaci maki seorang Muslim

Islamic wallpaper - Haramnya mencaci maki seorang Muslim

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mencaci-maki seorang Muslim adalah suatu kefasikan, sedang memeranginya (membunuhnya) adalah kekufuran." (Muttafaq 'alaih)

0 ulasan

Allah sangat marah orang yang kuat bertengkar

Wallpaper Islamik kata-kata hikmah

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling dimarahi oleh Allah ialah orang yang kuat bertengkar.” [Hadits Riwayat al-Bukhari]

0 ulasan

Berdakwahlah dengan kasih sayang

Wallpaper Islamik kata-kata hikmah

Berdakwahlah dengan Kasih Sayang, bukan dengan Dengki dan Sakit Hati

0 ulasan

Akhlak Baik boleh Melembutkan Hati

AKHLAK BAIK boleh MELEMBUTKAN HATI

KUTUK-MENGUTUK makin MENGERASKAN HATI

Akhlak Baik boleh Melembutkan Hati - kata-kata hikmah

0 ulasan

Katakan sayang pada saudara anda

Wallpaper Islamik - Katakan sayang pada saudara anda

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila seseorang menyayangi saudaranya, hendaklah dia mengatakan sayang kepadanya." (Hadits Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih)

0 ulasan

Perasmian Blog Hikmah Siber

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Maka dengan ini, saya rasmikan blog yang tak seberapa ini. Semoga dapat memberi manfaat dan peringatan kepada kita semua. 

Tiada kata-kata manusia yang lebih baik dari Al-Quran dan Al-Hadits. Namun, kata-kata hikmah lain juga boleh diambil pelajaran dan pengiktibaran, selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

Peace and Justice for all :-)


 
;